Friday 13 December 2013

KEINGINAN YANG TERPENDAM

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang duduk di satu sudut berfikir dan menikmati ...subhanallah cantiknya ciptaan Allah, engkaulah segala-galanya Ya  Allah ... moga aku sentiasa istiqamah dan nekad mengejar akhirat lebih daripada dunia.

Ya Allah mengejar cintaMU lebih bermakna drpd mencari cinta manusia... ada satu nasihat nie yg membuat diri ini berfikir sedalam-dalamnya : ingat kita buat sesuatu tue utk Allah bukan mengejar pujian manusia, jika kita mengejar pujian dan nak menunjuk dkt manusia sampai bila2 pon kita takkan dapat menikmati cintaNYA . Hidayah dan perubahan tidak akan datang dengan sendirinya kita perlu mencari untuk menjadi yang lebih baik.

Ya Allah bukakan lah pintu hatiku utk jadi lebih kuat dan istiqamah , aku mengimpikan menjadi muslimah sejati yang solehah . Permulaanku bermula dari sekolah berasrama, dari situ aku belajar banyak perkara. Setiap kali kuliah subuh dan tazkirah maghrib yg di smpaikan oleh ustaz manzur (warden asrama ) sangat bermanfaat dan aku mulakan langkah perubahan sedikit demi sedikit. Biar org tak nampak perubahan yang aku lakukan janji diri ku nmpak dengan jelas apa yang aku inginkan.

Aku ingin mengejar syurgaMU Ya Allah, moga diri ini mampu membawa mama, baba dan ahli keluarga ke syurga ... moga aku dapat berpegangan tangan dengan mereka berjalan di taman syurgaMU. Aku rindu... aku nak rasa dekat denganMU ya Allah dan dekat dengan RasulMU Rasulullah s.a.w. Moga jalan yang akan ku pilih seterusnya dalam hidupku mendekatkan aku denganMU.

Cantiknya mereka, Indahnya terpelihara, Ya Allah aku cemburu dengan mereka... aku nak jadi seperti mereka... kuatkanlah aku untuk mengejar cintaMU ... moga aku beroleh kekuatan...
#hatiberkata: tak per azwa kita mula dengan yang kecil-kecil dulu... kita betulkan apa yang penting dulu ... janji semua yang hg buat tak melanggar perintah Allah #



peace ^^ comelkan 
pelihara aurat...pelihara maruah...jaga iman


# impian... mungkin satu hari nanti #


Ya ALLAH indahnya ciptaanMU, setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya tersendiri. Perbaiki diri sedikit demi sedikit In Shaa ALLAH, Allah akan bantu kita dengan menghadirkan insan2 yang soleh dan solehah. Tak perlu malu dengan manusia untuk menuntut ilmu, rasa malu dengan Allah sepatutnya.

SEBELUM PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA, TAMBAHKAN ILMU, TAUBAT, MOGA AMALAN KITA DITERIMA DAN DIREDHAI ALLAH


Monday 18 November 2013

Hectic life started !!!




Minggu ke -10 sudah... bermulalah kesibukkan yg berlipat ganda, tambah2 lagi dah final year..

THESIS OH THESIS ( research )
-key in data
-analyze data
- calculate diet recall

Jom siapkan cepat-cepat , banyk lagi perlu study..bnyk lagi hal lain kena siapkan

*banyak undangan kawen dan tunang kawan-kawan ... alahaiiiii... xtau laa sempat pergi ke tak...
bestnyaaa ...moga bahagia kekal hingga ke syurga ye sahabat2 ku

Aku siapkan Research dulu.... final year ... praktikal menanti....  konvo bersama2 kawan tahun depan matlamat ( HARIJUBAH )*xsabarnyaaaaa


jom berusaha sehingga capai kejayaan yang dimimpikan

semoga mimpi menjadi kenyataan
moga dapat banggakan mama
nak tengak mama tersenyum 

Thursday 14 November 2013

DAHULUKAN YANG LEBIH PENTING

 Bismillahirrahmanirrah ...

Biar tiada siapa pon membaca.... tiada yang mengerti ... moga setiap tulisan memberi manfaat... pelahan2 berubah mencari dan mendekati sesuatu yg lebih baik utk diri ini.


FOKUS UNTUK SIAPKAN THESIS

ULANGKAJI UTK PRAKTIKAL SEM DEPAN ( FINAL YEAR SUDAH!!! )

FINAL EXAM 

VIVA

GRADUATION DAY ( MISSION )

WORK AS DIETITIAN / RELATED TO MY STUDY AREA 

* more confident and be a knowledgeable person
* most important DON'T FORGET TO PRAY AND READ AL-QURAN 
* always get ur mother bless
* polish as facilitator (PFC)


i will try my best... YOU CAN DO IT ... just be yourself and improve everything 
believe that ALLAH always know everything that u wish... just work hard and smart to achieve it




#LOVEMYFAMILY#
mereka lebih memahami aku dari org lain... mereka wujud dan sentiasa ada disamping aku walau mcm mne keadaan sekalipun 
akan berusaha bersungguh2 utk mereka dan utk kejar apa yang aku perlu capai dan lengkapkan

*mamapesankejadulu*
*arwah baba pernah pesan  _ dia sruh bljr rajin... jaga mama .. jadi anak yang baik dan solehah* _masa nie umur dalam 5 tahun macam tue .. AL - FATIHAH


Monday 11 November 2013

DIA LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA




“Aku lepaskan kau,
Perlahan-lahan dari hati aku,
Tanpa paksa,
Dengan rela.
Kerana aku sedar,
Kau milik Allah,
Bukan aku,
Aku tak berhak sayang kau lebih-lebih,
Sebab bila-bila masa je Allah boleh tarik kau dari aku.

Aku lepaskan kau,
Semoga kau sentiasa dalam jagaan Allah,
Walau tanpa aku.”

copypaste

# Jika perhatian yang dicari...mahu dipujuk...mahu bermanja ...bukan sy org yg anda cari ...maaf... antara kita tiada ikatan dan ada batasan yg perlu dijaga # 
_ simpan utk yang halal...pilihlaa yang terbaik... yg baik pasti memahaminya_
* cintahighclass_mahalkandirimu*


Sunday 10 November 2013

SANDIWARA CINTA & INI JANJI KU


REPUBLIK : SANDIWARA CINTA
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis

Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Chorus
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ku terima walau sakit hati


AMRAN ISMAIL : INI JANJIKU

Kau pernah tolak cintaku
Kau tak percaya padaku
Kau pernah benci namaku
Pernah dulu kau arahkan ku lari darimu


Tapi segalanya telah berubah
Kau telah mengenal isi hatiku
Dan kini mula memanjakan aku
Kini selalu kau kata

'Sayang, I Love You'

Terima aku, kasihlah aku

Korus 
Ini janjiku yang ku buktikan padamu
Setiap waktu hatiku tetap bersamamu
Takkan berubah walau ada halangannya
Cuma satu pintaku kau pun sama seperti aku
Pegang janjimu





# KELIRU #

Bismillahirrahmanirrahim ...

Ya Allah moga setiap tulisan..tutur kata ...perkongsian  ini mampu memberi manfaat kepada orang lain...        
 " No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it " 


Kadang-kadang hati nie rasa sesuatu... sukar utk mnda tafsirkan... mulut menafikan tetapi hati mengiakan dan menjerit ingin bercerita dan berkongsi rasa tentang hati ... mungkin aku terlalu berharap... aku menafikan dan fikir yang aku nie kuat..rupa-rupanya aku tak kuat sebenarnya .. mudah terusik..terasa .. cemburu .. rasa rendah diri macam-macam laa yang aku sendiri keliru ... ISTIKHARAH jalan penyelesai yang terbaik AZWA !!!

Kekuatan yang ada kadang2 menjadi lemah dan tak bermaya bila diri ini terlalu memikirkan perkara2 yg remeh. Mungkin aku kejar sesuatu yg tak mampu untuk aku gapai .. mungkin yang sebenarnya bukan utk ku. Lepaskanlah..pergilahh jauh2... jika ia kembali.. jika ia menghargai .. pasti dia akan berusaha dan menghargai diri ini. Jangan terlalu menarik, terlebih tarik putuslah ia.... Biarlah aku menjadi keliru satu hari nanti semua persoalan yg terbuku pasti ada jawapannya..yg akan muncul pada masa yg sesuai. 

INGATLAH AZWA :

ADA RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA YANG KITA TIDAK KETAHUI . BERDOA DAN BERGANTUNG HARAPLAH KEPADA ALLAH KERANA DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA DAN BILAKAH MASA YG SESUAI 

THERE'S  NO NEED TO RUSH. IF SOMETHING IS MEANT TO BE, IT WILL HAPPEN. IN THE RIGHT TIME, WITH THE RIGHT PERSON, FOR THE BEST REASON

~Jujurlah sayang aku tak mengapa ...Jika nnti aku yang harus pergi...ku terima walau sakit hati ~

NAO ... I LOVE WHAT I DO 

Sunday 6 October 2013

MENANTIKAN KEHADIRAN DIRIMU...

Ada terbaca satu artikel/ entry nie menarik ... nak share dkt sini.. 
" UnAtuk Bakal Isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku..
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektualuntuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”
Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
“Wahai saudari seakidahku,  carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”  
"    # WAHAI IMAMKU...ADAKAH ENGKAU BEGITU..AKU MENANTI KEHADIRAN DIRIMU #