Monday, 28 January 2013

SOLAT DHUHA


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

doa solat dhuha :






Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).


Sunday, 27 January 2013

lima bersaudara ...bidadari baba dan mama

setiap kali org bertanya  A : ' berapa orang adik beradik '
                                      B: ' 5 org ..semua perempuan '
                                      A : Wahhh bestttnyaaaa.....


seronok kahhhh.... persoalannya....

Zaman kanak2 memang dahsyat, bergaduh... haishhhh hari2 hehheh.. biasa laa kan adik beradik klu x gaduh x sah laa kannn... tp memang best laaa zaman kanak2... tp jarak aku dgn kakak2 ku agak jauh..tp kami tetap baik..dgn adik aku laaa paling aku selalu bergaduh dl..tp bila dh besar nie dia jd rakan karib aku plak ...beza kami setahun jer... dia laaa kawan..dia laa adik..dia semua laa ...he3

nie adik kesayangan sy

                                                 sama kerrrr hehhehehehe.... love u sis..


kakak2 pulak...zaman kecik2 jarang bersama... sbb kebnyakkan duduk asrama so kurang spend time dengan dorg lagipun beza umur agak jauh jgk tp...kakakku semua sgt best n sporting... bnyk membantu n supportive... hope ukhwah n pertalian darah  kita sentiasa utuh dan  akrab sehingga akhir hnyat... jgn gaduh3,.. sayang kamu semua....


semua kakak2...dah berpunya yaa harap maklummm... tinggal 2 jer belum berpunya... belum kawen....
aku laaa yg next tue... abesss laaa g mane2 jer org tnya... yg nie bila lg....??? nie laaa... dulu asyik dgr soalan nie org tnya dkt akak2 aku,,,skrg turn aku plak kena tnya... sy bljr dl laaaa ..... heheh jwpn selamat



walaupun kami semua perempuan... kami berjaya dalam bidang masing2.. mampu buat mama tersenyum gembira walaupun kadang2 ada hati yg terguris tp xpe biasa laa asam garam kehidupan ....
aku gembira n bersyukur dgn apa yg aku ada skrg... ALHAMDULILLAH



LOVE U ALL... MUAAAAHHHHHH

Friday, 18 January 2013

miss him a lottt

Assalamualaikum...

Tiba2 hari ini teringat dkt baba tercinta... walaupun diri nie x sempat utk merasai kasih sayang sorg bapa... dia pergi dikala aku masih kecil..belum mengenal erti kehidupan yg sebenar..tp aku tetap bersyukur kerana aku ada sorg mama ..dia lah mak dan bapaku... kerana dia kau terus bersemngat n berusaha menjdi yg terbaik..hanya ingain melihat senyuman dibibirnya... aku pernah melihat dia menangis..aku pernah melihat dia berduka..aku pernah melihat  dia gembira... aku akan pastikan senyuman terus menjadi miliknya...
mama ...yg paling best n xdak penganti... aku kan berusaha menjdi seorg anak solehah ..

hargailah mereka selagi  mereka masih disisi..walaupun bukan mereka yg menjga dr kecil tp kita tetap lahir n darah daging mereka... doa mereka sgt mustajab... mereka sentiasa mendoakan kebahagiaan anak2 mereka...

walaupun aku hanya mampu melihat org lain bahagia bersama bapa masing2..namun tidak aku...kerana dia telah pergi seawal usia ku br 4 or 5 tahun mcm tue... walaupuna aku x sempat merasai kasih syg mu...tp aku yakin yg satu hari nnti kita pasti akan berjumpa di jannah In Shaa ALLAH.... HARGAILAH SELAGI MEREKA MASIH DISISI

dia RATU HATIKU... dia segalanya bagiku... aku bersyukur kerana masih ada dia disisi ku... dia amat penting bagiku.. dialah sumber kekuatanku...sumber semngatku... aku akan pastikan hatinya tidak akan terluka lagi..aku kan pastikan senyuman terus dibibirnya selagi kau mampu....
dia mampu mngingat semua benda pasal anak2nya...

mama... <3


sentiasa sedekahkan doa kepada mereka mahupun sudah pergi meninggalkan kita..or yg masih ada disisi kita..




Rassulullah SAW pernah bersabda :


"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.."



                                                    SAYANG BABA &MAMA

                   moga baba sentiasa dibawah lindunganNYA disana...rindu sangat ....

teruskan berdoa untuk ibubapa kita ...

Wednesday, 16 January 2013

~ SETIA HUJUNG NYAWA ~



Drama Setia Hujung Nyawa akan mengisi Slot Akasia TV3 mulai 24 Disember 2012 menggantikan drama Cinta Itu Milikku yang baru sahaja berakhir. Antara pelakon yang membintangi drama 28 episod ini ialah Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila. 

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa


~ cerita yg sgt menyentuh perasaan..permulaan yg cute n gembira...n dilanda ombak badai disebabkan kenangan lalu...

adaptasi dr sebuah novel :


Tuesday, 15 January 2013

LA TAHZAN...


Kadang2 kita terpaksa menjadi pelakon utk cerita kita sendiri... kdg2 kita terpaksa menyembunyikan kesedihan kita bagi memastikan org sekeliling kita tidak turut sedeh...kdg2 terpaksa menanggung kesedihan ini bersendirian tp Allah sentiasa ada sebagai pendegar terbaik...di kala manusia tidak mampu menjadi pendengar kita..mengadulah kepadaNYA.....

SENYUM ITU SEDEKAH... senyumlah selagi termampu... selagi senyuman ini mampu mengembirakan org sekeliling kita... susah mentafsirkan senyuman seseorg.. kdg2 tersembunyi pelbagai rasa n makna tersendiri....

Setiap yg berlaku ingatlahhh Allah sentiasa ada... JANGAN BERSEDIH


Saturday, 12 January 2013

3 jenis Syahid :

Biar kefahaman lebih jelas, elok kiranya saya terangkan pembahagian syahid di sisi para ulama. Terdapat tiga jenis syahid seperti yang diterangkan oleh para ulama yang mensyarahkan kitab Jauharah Tauhid .

Pertama: 
Syahid Dunia- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah(berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah taala, malah untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah taala di akhirat kelak.

Kedua: Syahid Akhirat- Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana sakit perut dan taun, orang yang mati kerana menahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid. Oleh kerana itulah mereka digelarkan Syahid Akhirat.

Ketiga: Syahid Dunia dan Akhirat- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah taala dan mereka benar-benar ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia semua menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah taala.

Maka jelaslah bagi kita, sang perindu juga (sama ada wanita atau lelaki) yang benar-benar menjaga rindunya terhadap kekasihnya dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Syarak maka jika dia mati di dalam keadaan sebegini akan memperolehi pahala orang yang syahid di akhirat kelak. Moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang bersikap perindu sebegini.

KESAKITAN KEMBALI

~ kesakitan di beri Allah sebagai tanda peringatan kita kepadaNYA... supaya kita sentiasa ingat...jangan terlalu leka dan lalai dgn duniawi ...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
      “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan     bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
setiap ujian dan dugaan yg diberi pasti ada hikmah dan sinar kebahagian di penghujungnya  In Shaa Allah




"Sungguh menakjubkan urusan orang seorang Mukmin. Sungguh seluruh urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak dimiliki seorangpun kecuali oleh seorang Mukmin. Jika ditimpa kesenangan ia bersyukur, maka hal ini baik baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar. Maka hal itu juga baik baginya. "

(Hadith Riwayat Muslim dan Shuhaib Ar-Rumi)


Friday, 11 January 2013

Kata-kata semangat bila kesedihan...

 kata2 semangat dari seseorang ... dijadikan semangat di waktu suka n duka  ^__^  ... thanks =)

~ kenangan dan pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa dan matang ~

- Ingat setiap kali jatuh  tak bermakna kita akan lemah selama-lamanya... kegagalan mengajar kita utk lebih tabah n kuat...
pleasa pemilik hatiku tabah kayyy.... kuatkan semngt menempuh hari2 yg mendatang.. ALLAH sentiasa ada.... dr mengharapkan manusia lebih baik kita bergantung harap dgn yg MAHA ESA...



" kalau kita menantikan rindu, kita pasti akan dapat rindu itu nanti
  kalau kita menantikan sayang, pasti kita akan dapat sayang itu..
  kalau kita menanti cinta , pasti akan muncul satu hari nanti
  tp kalau penantian dan pencarian kita itu adalah yg halal utk kita 'jodoh'  kita akan dapat semuanya PAKEJ dr ALLAH " .... percayalah dgn ketentuanNYA... jgn mudah mengalah .. teruskan berjuang...

PERMULAAN YANG BARU 2013

11 / 1 / 2013

Assalamualaikum...

Cuba benda baru dalam hidup... berjinak2 dgn cara baru utk berkongsi rasa dgn org diluar sana... dgn penulisan dpt menceritakan apa yg terbuku di dalam hati nie.... heheheh

percaya dgn setiap langkah dan harapan yang diberikan jangan sia-siakan ... <3